Sunday, March 23, 2014

KURSUS PENGEMASKINIAN DAN PENYELARASAN SISTEM FAIL PPN KEDAH 2014

KURSUS PENGEMASKINIAN DAN PENYELARASAN SISTEM FAIL

TARIKH : 04 MAC 2014
HARI : SELASA
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PPN KEDAH





Sempena menghadapi "Audit Pengurusan" yang akan berlangsung pada 20 april sehingga 24 april 2014 ini,  Pihak PPN Kedah dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah merangka beberapa program bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi audit pengurusan akan datang tidak lama lagi.

Kursus ini yang diketuai oleh pengurus pentadbiran PPN Kedah iaitu En. ShamsulBahari Bin Hj. Hussain ini bermula pada jam 9pagi dan berakhir pada jam 5ptg pada hari tersebut.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang lebih tepat dan teratur dalam mengemaskini dan menguruskan fail-fail, surat-menyurat, borang-borang, cara untuk membezakan antara fail Sulit dan Fail Am. Didalam kursus ini memberikan banyak maklumat baru yang sangat berguna kepada kesemua anggota PPN kedah.

Segala penerangan dan ilmu telah disampaikan oleh Puan Norizah dan Puan Fatimah Bt. Ismail (A) yang merupakan anggota dari Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (LPP).





created by MHI2014

No comments:

Post a Comment