Tuesday, March 25, 2014

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG DAN HARI KELUARGA PPNK TAHUN 2013



TARIKH : 12 DAN 13 APRIL 2013
TEMPAT : CINTA SAYANG GOLF AND COUNTRY RESORT SG. PETANI KEDAH



Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang warga kerja serta ahli keluarga bagi sama-sama memeriahkan Program Hari Keluarga PPNK 2013 yang diadakan pada 12 dan 13 April 2013 bertempat di Cinta Sayang  Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Keluarga PPN Kedah telah diadakan pada hari pertama bermula  jam 8.00 malam bertempat di Rajawali Ballroom dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Haji Saleh, Pengarah LPP Negeri Kedah yang turut hadir bersama isteri dan keluarga.  Selain itu, pelbagai acara turut diadakan antaranya ialah penyampaian hadiah kepada semua ahli kumpulan yang memenangi acara sukaneka, penyampaian Anugerah Tokoh Pekerja Cemerlang , cenderamata kepada keluarga dan hadiah cabutan bertuah. 





Ucapan sekalung penghargaan dan tahniah serta syabas kepada Encik Mohd Zaidi bin Aziz Pengurus Bahagian Kontrak selaku Pengerusi Jawatankuasa Hari Keluarga PPNK 2013 dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah merealisasikan Hari Keluarga PPN Kedah dengan sempurna dan jayanya. Diharap dengan adanya program sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga kerja, ahli jemaah pengarah dan ahli keluarga PPN Kedah.  




CREATED BY MHI

No comments:

Post a Comment