Wednesday, March 26, 2014

ANUGERAH INOVASI 2012

PPN JENTERA CAWANGAN PENDANG JUARA
ANUGERAH INOVASI KATEGORI

‘ PENGURUSAN PPN JENTERA TERBAIK KEBANGSAAN 2012 ’





Tanggal 8 November 2012 merupakan detik yang paling bermakna bagi En. Muhammad Ariffuddin bin Zakaria, Pengurus Cawangan Jentera Pendang dan semua kakitangan PPN Jentera Pendang kerana pada tarikh keramat itulah mereka dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Pengurusan PPN Jentera Terbaik Peringkat Kebangsaan.
             


             
Majlis yang diadakan di Dewan Tan Sri Abu Zahar Menara LPP itu dihadiri tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.





Anugerah ini telah memberi inspirasi kepada semua anggota PPN Jentera Pendang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kejenteraan ladang dan memastikan perkhidmatan kejenteraan ladang menjadi pilihan utama para petani khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.










No comments:

Post a Comment