Dengaq Pak Njang Nak Habaq..
“bila Dato’ Haji Badri bin Haji Yunus, Pengerusi Jemaah
Pengarah PPN Kedah berbicara”
LEBUHRAYA SUNGAI BAKAL MENJADI KENYATAAN
Pada 31 Oktober 2012 bertempat di Pantai Merdeka Daerah Kuala
Muda Kedah Darul Aman, PPN Kedah dengan
kerjasama Pejabat Pembangunan
Persekutuan Negeri Kedah dan Lembaga Pertubuhan Peladang telah menganjurkan
Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah bersama Yang Amat
Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Diantara intipati ucapan beliau , YAB.
Perdana Menteri telah melahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah yang telah
menjayakan program kerajaan khususnya dalam sektor pertanian. YAB. Perdana
Menteri juga telah bersetuju untuk mempertimbangkan Cadangan Projek Pembinaan
Lebuhraya Sungai bagi mengatasi masalah banjir untuk tanaman padi yang
dikemukakan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Kedah.
CREATED BY MIZI_UUM2014
CREATED BY MIZI_UUM2014
No comments:
Post a Comment