Tuesday, April 15, 2014

HARI BERTEMU PELANGGAN APRIL 2014

TARIKH : 15 APRIL 2014
HARI      : SELASA
TEMPAT : PERKARANGAN 


HARI INI MERUPAKAN HARI YANG CUKUP BERMAKNA APABILA PIHAK PELADANG SENDIRI TELAH MENGADAKAN MAJLIS IAITU HARI BERTEMU PELANGGAN YANG MENJADI SALAH SATU KAEDAH UNTUK MENDEKATKAN LAGI PERTUBUHAN PELADANG DAN PELANGGAN SECARA TERUS.







PELBAGAI JENIS BARANGAN YANG DIJUAL SEPANJANG HARI TERSEBUT. ANTARANYA ADALAH JENIS-JENIS BUAH-BUAHAN SEPERTI LIMAU MADU, NENAS DAN BETIK. SELAIN ITU ADA JUGA JAGUNG, IKAN PEKASAM, ASAM JAWA, PELBAGAI JENIS KEREPEK DAN JERUK, BURUNG PUYUH YANG DIDATANGKAN KHAS DARI PENTERNAK ITU SENDIRI. SELAIN ITU ADA JUGA DIJUAL PELBAGAI JENIS KEK YANG DIBUAT SENDIRI SEPERTI BLUEBERRY CHEESE CAKE YANG DIJUAL DENGAN HARGA YANG CUKUP BERPATUTAN. SAMBAL BELACAN YANG SUDAH SIAP DIBUNGKUS JUGA ADA DIJUAL.





 JAGUNG MENTAH SEGAR DARI LADANG JUGA TERDAPAT DISINI













created by hamizi ismail uum

Monday, March 31, 2014

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

TARIKH : 01 APRIL 2014
HARI      : SELASA
TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG NEGERI KEDAH

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DIUCAPKAN KEPADA ENCIK MOHAMAD AZIZI BIN MOHD. ATAR SEBAGAI PENGURUS BESAR PPN KEDAH YANG BARU MENGGANTIKAN PENGURUS BESAR PPN KEDAH YANG LAMA IAITU TUAN HAJI SAPUAN BIN DANURI YANG DIPINDAHKAN KE IBU PEJABAT LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) DI KUALA LUMPUR SEBELUM BERSARA. WARGA PERTUBUHAN PELADANG SELURUHNYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA ENCIK MOHAMAD AZIZI BIN MOHD.ATAR YANG AKAN MENERAJU PP NEGERI KEDAH SELEPAS INI.









CREATED BY MHI_UUM

BERLANGSUNGNYA MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS PENGHARGAAN 2014


TARIKH : 28 MAC 2014
HARI      : JUMAAT
TEMPAT : NEW REGENT HOTEL ALOR SETAR KEDAH

MAJLIS PERPISAHAN KEPADA PENGURUS BESAR PPN KEDAH TUAN HAJI AHMAD SAPUAN BIN DANURI DAN JUGA MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR LATIHAN ILMIAH ENCIK MOHAMMAD NAJMI BIN ROSLI PELAJAR DARI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH ALOR SETAR


 TUAN HAJI SAPUAN SEDANG MEMGUCAPKAN SEPATAH DUA KATA SEBELUM BERPINDAH KE LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG DI KUALA LUMPUR SELAMA LEBIH KURANG 3 BULAN SEBELUM BERSARA.


 ENCIK JAMIL (PENGURUS PERTUBUHAN) MEWAKILI PPN KEDAH CAWANGAN ALOR SETAR MEMBERIKAN SEDIKIT CENDERAHATI KEPADA TUAN HAJI SAPUAN.


 ENCIK ARIFFUDDIN MENYAMPAIKAN SEDIKIT CENDERAHATI MEWAKILI PPN KEDAH CAWANGAN JENTERA PENDANG.


 ENCIK IDRIS BIN ABDULLAH MEWAKILI PPN KEDAH CAWANGAN LADANG TERENAS SIK.


AHLI JEMAAH PENGARAH DIWAKILI OLEH TUAN HAJI ABD. LATEH BIN MOHD SAMAN MENYAMPAIKAN SEDIKIT CENDERAHATI TANDA INGATAN KEPADA TUAN HAJI SAPUAN.






 TANDA INGATAN DAN TANDA TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK MOHAMMAD NAJMI BIN ROSLI YANG TELAH MENGHABISKAN TEMPOH LATIHAN ILMIAH NYA DENGAN PENUH DEDIKASI.






TETAMU SEDANG MENJAMU SELERA.




EDITED BY MIZI_UUM

Wednesday, March 26, 2014

HARI KELURAGA PPNK 2014


HARI KELUARGA DAN HARI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ANGGOTA LANTIKKAN PPN KEDAH 2014

TARIKH  : 21 FEB 2014
HARI       : ISNIN
TEMPAT : PENDANG LAKE RESORT, PENDANG, KEDAH









TAHNIAH




TAHNIAH



ENCIK. TAJUL ARIFFIN BIN ABDULLAH

B.C.K

YANG DIANUGERAHKAN PINGAT BINTANG PERKHIDMATAN CEMERLANG KEDAH SEMPENA
HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA  AL SULTAN ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUA’DZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
YANG KE -85
SULTAN NEGERI KEDAH DARULAMAN





PUAN. HAJAH ROKIAH BINTI AB. HAMID
 P.C.K

YANG DIANUGERAHKAN PINGAT BINTANG PERKHIDMATAN CEMERLANG KEDAH SEMPENA
HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA  AL SULTAN ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUA’DZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
YANG KE -85
SULTAN NEGERI KEDAH DARULAMAN



DALAM KENANGAN "AL-FATIHAH"



SALAM TAKZIAH DARI KAMI WARGA PPN KEDAH, BUAT SELURUH KELUARGA.
"PUAN JAMILAH BINTI ISMAIL"
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA DAN DITEMPATKAN BERSAMA ROH ORANG-ORANG YANG BERIMAN.
~~AMIN~~

"SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MERASAI MATI. DAN SESUNGGUHNYA PAHALA KAMU AKAN DISEMPURNAKAN PADA HARI KIAMAT. SESIAPA YANG DIJAUHKAN DARI API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA, MAKA DIA SESUNGGUHNYA TELAH BERUNTUNG. KEHIDUPAN DUNIA INI HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYAKAN"

-SURAH ALI IMRAN : 185

AL-FATIHAH

TARIKH : 27 MAC 2014
HARI : KHAMIS
SEKITAR JAM 2.30 PAGI
CREATED BY MIZI DAN MIMI
AUDIT DALAMAN PPN KEDAH 2014

TARIKH  : 16-20 MAC 2014
HARI       : AHAD-KHAMIS
TEMPAT : PPNK ALOR SETAR, PPNK JENTERA CAWANGAN ASUN, PPNK JENTERA  CAWANGAN PENDANG DAN PPNK CAWANGAN LADANG SIK.





created by mizi2014mimi

" MAJLIS PERPISAHAN "

TARIKH : 28 MAC 2014
HARI : JUMAAT
TEMPAT : NEW REGENT HOTEL ALOR SETAR, KEDAH


"JASAMU DIKENANG BERSAMA PENGURUS BESAR PERTUBUHAN PELADANG NEGERI KEDAH (2011-2014)"

 

Dengaq Pak Njang Nak Habaq..


Dengaq Pak Njang Nak Habaq..
“bila Dato’ Haji Badri bin Haji Yunus, Pengerusi Jemaah Pengarah PPN Kedah berbicara”

LEBUHRAYA SUNGAI BAKAL MENJADI KENYATAAN







Pada 31 Oktober 2012 bertempat di Pantai Merdeka Daerah Kuala Muda  Kedah Darul Aman, PPN Kedah dengan kerjasama  Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah dan Lembaga Pertubuhan Peladang telah menganjurkan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Diantara intipati  ucapan beliau , YAB. Perdana Menteri telah melahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah yang telah menjayakan program kerajaan khususnya dalam sektor pertanian. YAB. Perdana Menteri juga telah bersetuju untuk mempertimbangkan Cadangan Projek Pembinaan Lebuhraya Sungai bagi mengatasi masalah banjir untuk tanaman padi yang dikemukakan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Kedah.



CREATED BY MIZI_UUM2014

HARI INI DALAM SEJARAH

 TARIKH : 31 0KTOBER 2012
 TEMPAT : PANTAI MERDEKA, KEDAH




Sejarah terukir buat julung kalinya YAB. Perdana Menteri Malaysia menjejakkan kaki di bumi Jelapang Padi Negeri Kedah Darul Aman untuk bersama para peladang, penternak dan nelayan. Majlis yang berlangsung dengan meriahnya pada 31 Oktober 2012 dimulakan dengan perarakan ratusan bot nelayan Tg. Dawai mengiringi bot yang dinaiki oleh YAB. Perdana Menteri. Sebaik sahaja tiba di jeti Pantai Merdeka, pemimpin nombor 1 negara telah disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Badri bin Haji Yunus Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Kedah bersama-sama dengan Kumpulan Silat Negeri Kedah.

Seramai lebih 15,000 orang peladang, penternak dan nelayan memberikan tepukan yang gemuruh sebaik sahaja YAB. Perdana Menteri diarak masuk ke khemah majlis dan disertai dengan sorakan “Hidup PM”. Kumpulan Tarian Kebudayaan Negeri Kedah menyambut ketibaan YAB. Perdana Menteri dengan tarian ‘Gemai Padi’ yang merupakan tradisi Negeri Kedah.
 
Pada majlis tersebut Dato’ Pengerusi Jemaah Pengarah PPN Kedah telah memakaikan terendak dan selepang yang menjadi sebahagian daripada pakaian tradisi peladang, penternak dan nelayan Negeri Kedah kepada YAB. Perdana Menteri sebagai penghormatan di atas kesudian beliau hadiri ke majlis tersebut.

 Sebanyak 10 projek berkaitan pertanian telah dikemukakan kepada YAB. Perdana Menteri iaitu Projek Estet Padi dibawah Pertubuhan Peladang Kawasan Luar MADA, Skim Pemilikan Jentera Kecil Peladang, Penubuhan Briged Kawalan Makhluk Perosak dan Penyakit Tanaman, Projek Kecil Pertanian untuk ahli-ahli peladang, Projek Pembangunan Skim Pengairan Ban Merbok, Projek Empangan Mini Pengairan Tanaman Padi Langkawi, Projek Lebuhraya Sungai Bagi Mengatasi Masalah Banjir Untuk Tanaman Padi, Projek Pembinaan Kilang Makanana Ikan Pertubuhan Peladang Kawasan Lubuk Batu, Pembelian Jentuai Padi Pertubuhan Peladang Negeri kedah dan Cadangan Membina Jalan Tepi Sungai Muda Dari Simpang Pokok Machang ke Kampung Kuala Sin Daerah Kuala Muda.
 

YAB. Perdana Menteri dalam ucapannya telah bersetuju mempertimbangkan 3 projek iaitu Penubuhan Briged Kawalan Makhluk Perosak dan Penyakit Tanaman, Projek Lebuhraya Sungai Bagi Mengatasi Masalah Banjir Untuk Tanaman Padi dan Cadangan Membina Jalan Tepi Sungai Muda Dari Simpang Pokok Machang ke Kampung Kuala Sin Daerah Kuala Muda. Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pemimpin dengan peladang, penternak dan nelayan.







“PERHIMPUNAN PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI KEDAH’

CREATED BY USIN2014

ANUGERAH INOVASI 2012

PPN JENTERA CAWANGAN PENDANG JUARA
ANUGERAH INOVASI KATEGORI

‘ PENGURUSAN PPN JENTERA TERBAIK KEBANGSAAN 2012 ’





Tanggal 8 November 2012 merupakan detik yang paling bermakna bagi En. Muhammad Ariffuddin bin Zakaria, Pengurus Cawangan Jentera Pendang dan semua kakitangan PPN Jentera Pendang kerana pada tarikh keramat itulah mereka dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Pengurusan PPN Jentera Terbaik Peringkat Kebangsaan.
             


             
Majlis yang diadakan di Dewan Tan Sri Abu Zahar Menara LPP itu dihadiri tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.





Anugerah ini telah memberi inspirasi kepada semua anggota PPN Jentera Pendang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kejenteraan ladang dan memastikan perkhidmatan kejenteraan ladang menjadi pilihan utama para petani khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.










Tuesday, March 25, 2014

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG DAN HARI KELUARGA PPNK TAHUN 2013



TARIKH : 12 DAN 13 APRIL 2013
TEMPAT : CINTA SAYANG GOLF AND COUNTRY RESORT SG. PETANI KEDAH



Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang warga kerja serta ahli keluarga bagi sama-sama memeriahkan Program Hari Keluarga PPNK 2013 yang diadakan pada 12 dan 13 April 2013 bertempat di Cinta Sayang  Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Keluarga PPN Kedah telah diadakan pada hari pertama bermula  jam 8.00 malam bertempat di Rajawali Ballroom dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Haji Saleh, Pengarah LPP Negeri Kedah yang turut hadir bersama isteri dan keluarga.  Selain itu, pelbagai acara turut diadakan antaranya ialah penyampaian hadiah kepada semua ahli kumpulan yang memenangi acara sukaneka, penyampaian Anugerah Tokoh Pekerja Cemerlang , cenderamata kepada keluarga dan hadiah cabutan bertuah. 





Ucapan sekalung penghargaan dan tahniah serta syabas kepada Encik Mohd Zaidi bin Aziz Pengurus Bahagian Kontrak selaku Pengerusi Jawatankuasa Hari Keluarga PPNK 2013 dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah merealisasikan Hari Keluarga PPN Kedah dengan sempurna dan jayanya. Diharap dengan adanya program sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga kerja, ahli jemaah pengarah dan ahli keluarga PPN Kedah.  




CREATED BY MHI